Ayat-ayat manis :
Assalamualaikum , enjoy reading here ! :)
Ahlan Wahsalan :D: Hidayah daripadaNya

Hidayah daripadaNya


HidayahMu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia

Alhamdulillah , hidayah yang diberi olehNya padaku ini adalah satu rahmat yang tidak ternilai anugerahnya . Awalnya aku memang seorang perempuan yang memang sedari kecil lagi bertudung , tetapi hanya SEKADAR BERTUDUNG . Maksudnya , aku bertudung tetapi aurat ku hanya ditutup di kepala di bahagian lain nya masih terdedah . Aku akui , solat lima waktu ku tidak begitu sempurna dahulu .

SeruanNya bermula ketika aku sedang leka membuat kerja ditempat kerja ku . Seperti kebiasaan aku selalu dengar lagu sambil buat kerja . Mana taknya , boringg gilaa ! member pon takde . lagu jela yang menemani diriku ini *perghh ayat ! hoho . Dipendekkan cerita , tengah khusyuk buat kerja , tiiba-2 lagu SETIAP KALI by devotees muncul dekat fon aku ni . Antara bait-bait lagunya :

Setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberianMU
Kekadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Entah kenapa , lirik tu betul-2 menyentuh dekat hati aku . Ya memang benar ! selama ini aku alpa ! aku lupa pada Yang Esa ! aku lupa akan setiap nikmat yang telah diberikan kepadaku . Dengan secara tak sedar , air mata aku terus mengalir laju , namun ditahan sebaik mungkin sebab taknak orang lain nampak . Yela tetiba nangis kann . Sejak itu , aku mula memakai baju lengan panjang . 

Hari berganti hari , aku mula mencuba memakai stoking bila keluar dari rumah . Alhamdulillah kini , tudung yang dulu nya berstail turban dan ala-ala tajima menjadi kegemaran aku dulu diganti dengan tudung labuh yang dibuat sendiri oleh aku ! Tapi , tu lah kengkadang hati masih lagi alpa dengan keduniaan namun pantas aku hilangkan dengan istighfar , Astaghfirullah .

Kini , aku masih berharap agar Allah tidak merentap hidayah yang diberikan oleh ku ini . Terlampau ngeri nak dibayangkan jika Yang Maha Esa dan Yang Maha Sempurna ini menarik kembali hidayahNya . Nauzubillah . :'(

Ada diantara kita yang semasa hidupnya bengkok, namun disaat kematiannya lurus. Ada yang bengkok semasa hidupnya dan bengkoknya berlanjutan hingga kematiannya. Ada diantara kita semasa hidupnya lurus hingga ke hari kematiannya lurus. Ada diantara kita semasa hidupnya lurus, namun bengkok kemudiannya. 
Mungkin ceritaku ini tidak semenarik cerita mereka yang lain . Tetapi semoga boleh menjadi panduan dan iktibar bahawa hidayah Allah itu datang tidak diduga dan pergi jika tidak dijaga . Fahami lahh bahawa kita umat akhir zaman . Semoga kita dapat menjadi hamba yang diredhai olehNya . inshaAllah , aamiin .