Ayat-ayat manis :
Assalamualaikum , enjoy reading here ! :)
Ahlan Wahsalan :D: Besarnya kasih sayang Yang Maha Esa pada kita

Besarnya kasih sayang Yang Maha Esa pada kita

*Alhamdulillah*


Assalamualaikum . Kita selalu alpa dengan keseronokkan di duniawi ni . Kita juga sering lupa atas apa tujuan sebenarnya roh kita dibenarkan masuk ke dalam tubuh badan kita sewaktu kita di dalam rahim ibu kita sehingga lahh kita dapat lahir dan melihat dunia ni . Tahukah anda yang kita sebenarnya telahh berjanji dengan Yang Maha Rahim bahawa kita akan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya ? Tapi disebabkan alpa dengan keasyikkan yang telah Dia kurniakan kepada kita . Kita lupa akan perjanjian yang kita sendiri telah buad denganNya . 

Namun , sedarkah kita ? walaupun kita sering lupa akan perjanjian itu , Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang itu tetap ada ketika kita di dalam kesusahan mahupun di dalam kesenangan . Walaupun kita mengabaikan suruhanNya . Dia tetap memberikan kita rezeki yang tak tertanggung banyak nya . Dia juga telah memberi pelbagai cara untuk menyedarkan kita . Contohnya , Dia tetap mengizinkan kita untuk tetap tinggal di bumiNya ini supaya kita masih diberi masa untuk berubah dan memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik lagi .

Tetapi , kita tetap tidak sedar . kita alpa ! kita terlampau ikutkan nafsu kita ! kita lebih memilih untuk berseronok sekarang daripada berseronok di alam akhirat nanti ! Wahai kaum Muhmmad S.A.W . Kita semua nya sama sahaja . Tapi amalan lah yang akan menentukan kita untuk menjamin kehidupan kita di akhirat kelak . Oleh itu , marilah kita bersama-sama muhasabah diri agar boleh menjadi lebih baik dan dikasihi oleh Allah S.W.T . InshaAllah .


Hidup Bukanlah Untuk Hidup , Tetapi Hidup Adalah Untuk Yang Maha Hidup . HIdup Bukan Untuk Mati . Tapi Mati Itulahlah Untuk Hidup Yang Lebih Tinggi Dan Abadi