Ayat-ayat manis :
Assalamualaikum , enjoy reading here ! :)
Ahlan Wahsalan :D: Mencintai Itu Fitrah Manusia

Mencintai Itu Fitrah Manusia


Ya Allah , Tautkan hatiku dengan seseorang yang sentiasa menautkan hatinya dengan Mu :')

Bismillahirahmanirrahim , Suka ? Sayang ? Cinta ? Setiap manusia tidak akan pernah lari dengan perasaan ini . Ini kerana setiap manusia telah diciptakan untuk berpasangan , Jadi tidak hairan lah jika kita memliliki perasaan sedemikian . Namun begitu , perasaan tersebut perlulah di jaga agar tidak melebihi rasa kasih kita kepada manusia berbanding kasih kepada Allah .

Seperti zaman sekarang , Ramai golongan remaja yang suka menyalahgunakan perasaan yang diberi oleh Allah kepada kita . Dengan persaan ini , di tambah dengan hawa nafsu dan godaan syaitan , Ianya boleh menyebabkan kemusnahan pada sendiri . Oleh itu , sentiasa perbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada Allah supaya kita lebih menyayangi Allah berbanding makhluk ciptaanNya .

Tak salah nak bercinta , tapi bercintalah selepas nikah . Disitu baru anda akan rasa nikmat bercinta yang disulami rasa cinta kepada Allah lebih indah berbanding bercinta tanpa ikatan yang halal . InshaAllah :)

*Allahumma Salli 'Ala Muhammad